CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3947|Reply: 45

[Jenayah] Budak maut kepala dihentak, usus pecah

[Copy link]
Post time 23-11-2022 09:27 PM | Show all posts |Read mode

Bapa tiri mangsa berusia 53 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan.

Budak maut kepala dihentak, usus pecah
November 23, 2022 @ 8:19pm

Kajang: Kanak-kanak perempuan maut akibat didera bapa tirinya di rumah mereka di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 11 tahun mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak objek tumpul selain ususnya pecah.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang selepas tidak sedarkan diri, 11.33 malam semalam.

Menurutnya, mangsa yang menaiki ambulans disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Hasil pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan perut yang menyebabkan usus pecah.

"Selain itu terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan bapa tiri mangsa berusia 53 tahun, 2.25 petang tadi.

Katanya, suspek ditahan di perkarangan Hospital Serdang.

"Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini termasuk menggunakan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah ketika ketiadaan isterinya di rumah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh berhubung dengan polis termasuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Ray Erindra Raj di talian 019-6616640," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... dihentak-usus-pecah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyaaa... Dah besar gak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2022 09:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2022 09:44 PM | Show all posts
Teganya ayah tiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:44 PM | Show all posts
"Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini termasuk menggunakan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah ketika ketiadaan isterinya di rumah.


kebabian apakah???  ko kalau baran dengan budak, jangan kahwin dengan janda ada anak!  atau jangan kawen langsung!  atau kawen dengan perempuan yang taknak anak!  bengong...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:45 PM | Show all posts
semoga ke tali gantung syaitan ni...
bahagia la adik di syurga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bewak ke..bini p keje..pastu bongok bini tggal anak kat laki baru..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
hentak lagumana la smpai pecah usus bdk tu umur 11thn dah besar jugak ni. byk plak tu lebam2. mesti dah lama jugak kene tibai ni, mak dia tak perasan ke? hanatttt punya jantan. maknya nak, anaknya ko tibai smpai lunyai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 10:06 PM | Show all posts
Harap mampos kena gantung. Babi betui
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:06 PM | Show all posts
org lain sibuk 13 mei duk ratib dap dap dap ko duk bantai budak sampai mati ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:09 PM | Show all posts
Apalah bangsat sangat bapa tiri dia ni, semoga mendapat hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah...bangsa apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nih bkn kes yg sama ngn bekas laki retis tu ke?
Hat tu pun ada anak tiri pompuan gak kan.

Jahanam laaa bapak tiri gini
Budak 11 tahun dh besar kot, biasanya mmerap dlm bilik je tak paham la buat hal bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:43 PM | Show all posts
Sedihnyaa..mak dpt batang continue life mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 23-11-2022 09:44 PM
kebabian apakah???  ko kalau baran dengan budak, jangan kahwin dengan janda ada anak!  atau jangan ...

Di hempuk nya bini pulakkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 23-11-2022 09:44 PM
kebabian apakah???  ko kalau baran dengan budak, jangan kahwin dengan janda ada anak!  atau jangan ...

Aku heran awat jande ade anak pompuan maseh tak sedar diri nak kawen lagi?  Pakai la otak bodow!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-11-2022 10:46 PM
Aku heran awat jande ade anak pompuan maseh tak sedar diri nak kawen lagi?  Pakai la otak bodow!!!

Lagi tak masuk akai kawen bewak air. Klu kawen MP ka YB ka ada akai jugak.
Hujung2 kau kerja peras keringat, tinggal anak dgn bewak air kt rumah. Baik kau hantar anak kt rumah friska je suruh ngasuh. Memang bodoww!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:52 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 23-11-2022 10:46 PM
Di hempuk nya bini pulakkk

tu yang yan cakap jangan kawen langsung kak jaaza...  baran ni susah nak ubatkan...  sila sedar diri jangan kawen kalau ada baran ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:53 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-11-2022 10:46 PM
Aku heran awat jande ade anak pompuan maseh tak sedar diri nak kawen lagi?  Pakai la otak bodow!!!

zaman sekarang, ada anak perempuan ke lelaki ke kena fikir masak2 kalau nak kawen lain...  orang zaman sekarang ni banyak yang mental...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berehat si kecil.
Tiada lagi ketakutan dan kesakitan.
Aunty doakan adek aman di sana ya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 05:03 AM GMT+8 , Processed in 1.978403 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list