CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2946|Reply: 1

Aidil bersyukur dah kahwin

[Copy link]
Post time 24-7-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Aidil bersyukur dah kahwin
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Julai 24, 2021 @ 1:00pm
[email protected]


Aidil bersyukur mempunyai pendapatan sampingan melalui perniagaan yang diusahakan. Foto IG Aidil Aziz

KUALA LUMPUR: Pelakon Aidil Aziz mengaku kehadiran isteri dan anak-anak membantu mengalihkan tumpuan daripada terlalu memikirkan angka penularan COVID-19 yang kian membimbangkan.

Suami aktres jelita, Fasha Sandha ini memberitahu, masa di rumah banyak diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah seperti solat berjemaah, bersukan dan membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dua anak, Putra Rayfal Ramli, 8, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Masa juga diisi dengan membantu Fasha menguruskan keperluan si kecil Aisha Amaira yang berusia 11 bulan.

Aidil tidak dapat membayangkan bagaimana individu bujang berdepan situasi yang melanda negara ini sekarang, bersendirian.

"Saya bersyukur sudah berkahwin, sekurang-kurangnya ada tempat untuk saya mengalihkan perhatian sekali gus mengelak daripada mengalami kemurungan.

"Saya tidak dapat bayangkan mereka yang berstatus bujang berdepan dengan keadaan yang cukup menekan sekarang.

"Masalah kesihatan mental tidak seharusnya di pandang ringan kerana boleh membawa maut. Apabila bersama keluarga, masa banyak diisi dengan pelbagai aktiviti.


Aidil, Fasha dan anak-anak banyak mengisi masa dengan kegiatan berfaedah di rumah. Foto IG Fasha Sandha"Jadi dapat mencegah daripada terjadinya kemurungan," katanya kepada BH Online.

Aidil yang muncul dalam drama Suara Hati yang disiarkan Astro Prima tidak menafikan pandemik COVID-19 memberi kesan kepada karier seninya.

Namun, Aidil bersyukur tidak bergantung 100 peratus kepada bidang lakonan kerana menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan yang diusahakan.

"Dengan angka jangkitan mencecah tahap membimbangkan, ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita keluar bekerja.

"Apatah lagi, saya ada anak-anak yang masih kecil dan keluarga di rumah, jadi amatlah berisiko jika terpaksa keluar bekerja," katanya yang simpati dengan nasib sesetengah artis dan kru belakang tabir yang tiada pendapatan sampingan.

Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak je individu bujang/duda yang memanfaatkan masa2 terkurung sekarang ni. For example, abg hot fezrul yg happy duduk dlm hutan bersama pokok2 dan anjing2 nya.
Kalau dah kahwin lepas tu ada anak ramai dlm rumah sempit, yg tak sakit mental pun boleh sakit mental bila lama terkurung abg aidil oi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43600 Replies : 571
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.108203 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list