CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2522|Reply: 12

Hafreez Adam Tak Rela Di covid-19 kan

[Copy link]
Post time 20-5-2021 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Hafreez Adam sanggup tarik diri

  


Kuala Lumpur: Pelakon Hafreez Adam sanggup menarik diri dari penggambaran Seratus The Movie baru-baru ini kerana menjadi kontrak rapat dengan seorang pesakit Covid-19.

Hafreez berkata, dia terpaksa melepaskan tawaran itu kerana tidak mahu menjadi individu yang pentingkan diri sendiri.

"Projek itu memang menarik dan saya rasa sangat rugi apabila terpaksa menarik diri. Namun, apakan daya kerana saya menjadi kontak rapat seorang yang positif Covid-19," katanya.

  


Hafreez berkata, sebenarnya dia memang dibenarkan untuk keluar bekerja kerana bukan dia yang disahkan positif, namun dia tidak mahu mementingkan diri.
Bagi Hafreez, dalam menjalani kehidupan dalam situasi pandemik ini, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri.

"Jadi, saya buat keputusan tak mahu merisikokan orang lain dan pasukan produksi. Saya tarik diri. Duit tak dapat, projek besar tak dapat. Memang ralat tapi macam yang saya cakap, kita tak boleh pentingkan diri sendiri.

"Pada masa itu, saya juga memilih untuk kuarantin diri. Ini kerana simptom ini kadang-kadang selepas beberapa hari baru nampak dan boleh kesan," katanya.

Disebabkan itu, Hafreez juga tidak mengambil foto sambutan Aidilfitri bersama ibu dan adik-beradiknya, baru-baru ini.

Katanya, ketika itu mereka sekeluarga masih lagi dalam proses kuarantin.

"Apabila habis kuarantin, saya sedih melihat orang yang membeli barangan dapur di pasar raya beratur rapat sangat. Kes makin banyak, tapi tengok di Instagram Story masih ramai orang beraya di rumah kawan, pasangan dan sebagainya.

"Orang saling salah-menyalah di antara satu sama lain, tapi diri sendiri tak jaga. Tapi diri sendiri pun tak jaga. Saya sampai sekarang belum beraya sekali dengan famili," katanya.

Hafreez juga menjelaskan tujuan utama dia membuat perkongsian itu kerana sangat kasihankan petugas barisan hadapan.

Katanya, mesti mereka berasa sudah tak ada 'life' kerana penat bekerja tanpa henti nak selamatkan orang lain.

"Jadi, saya minta sangat kita semua boleh hentikan sikap pentingkan diri sekarang. Berhenti terus menuding jari mencari salah-siapa dan kini lakukan apa sepatutnya yang perlu kita buat," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:14 PM | Show all posts
Ok...
Next...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ImpianSeroja at 21-5-2021 07:48 AM

Baguss tak pentingkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ImpianSeroja replied at 20-5-2021 10:15 PM
Baguss tak peningkatan diri sendiri

peningkatan? peningkan? kepentingan? kepeningan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde kepentingan dan x luak apa2 pon klu ko x berlakon... Rimas tgk rambut dan foundation mamat ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2021 07:02 AM | Show all posts
sendunya gosip dia ni... ada gosip pun masih sendu...

cuba trim2 sikit rupa tu... ni berjambang macam sabut kelapa geli yakmat yach jejan2 rupa gitu...

sekarang orang taste rupa kpop atau rupa macam budak2 tadika ala2 pedo gitu... siap mekap, eyeshadow, foundation dan contact lens...

rupa2 berjambang ni macam sabut kelapa dik... nak comolot pun penat sebab kena cari mulut dekat mana siap kena kopek2 kulit kelapa nak cari mulut tu... baik la aku pergi perah santan, boleh masak nasik lemak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi can lah puji dia.. bagus hafreez adam.. x pentingkan diri sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
user.name replied at 21-5-2021 06:38 AM
peningkatan? peningkan? kepentingan? kepeningan?

Sori.. tak pentingkan diri sendiri..ahaha typo xperasan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 11:15 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 21-5-2021 07:02 AM
sendunya gosip dia ni... ada gosip pun masih sendu...

cuba trim2 sikit rupa tu... ni berjambang m ...

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni badan dia gedoboh, org Johor panggil
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pd akaq dia ni elok sedap mata memandang dr wajah2 kpop jambu air busuk tuhh.. dia ada aura lelaki melayu masa kini gittcheww berlakon pun ok. Masa tunang dgn zara tu dia up cantik dah tapi lepas clash nama buruk sikit tp x apa yg penting kau kena terus berlakon pilih plkon wanita yg berkaliber sikit dekkk non!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus fikiran mcm ni.. ini yg sepatutnya kita semua buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.344190 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list