CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 897|Reply: 3

[Dunia] Perancis Sahkan Hingga 500 Kluster Baharu Dikesan, Tapi Mendakwa Masih Jauh Dari

 Close [Copy link]
Post time 21-7-2020 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Pihak kesihatan Perancis memaklumkan bahawa terdapat pertambahan sebanyak 400 hingga 500 kluster baharu positif Covid-19 di negara tersebut namun masih belum menunjukkan sebarang tanda gelombang kedua akan berlaku.

Menurut Menteri Kesihatan Perancis, Oliver Veran berkata kluster baharu yang dikesan daripada rumah pemyembelihan, rumah penjagaan orang tua dan perjumpaan keluarga ketika musim panas.

“Kita masih jauh dari gelombang kedua dan pemakaian pelitup muka wajib di kawasan umum. Justeru, masyarakat tidak perlu bimbang dan hanya perlu memastikan kekal dalam keadaan sihat,” ujarnya lagi.

Menurut agensi kesihatan Sante Publique France berkata, di seluruh negara menunjukkan angka ‘R’ iaitu kadar virus kini berada dsi 1.2, bermaksud 10 orang yang dijangkiti akan menjangkiti seramai 12 orang lagi.

Namun, di beberapa kawasan di Perancis menunjukkan kadar jauh lebih tinggi iaitu di Mediterranean termasuk di Marseille dan Nice adalah 1.55 peratus. Di Brittany di barat perancis juga menunjukkan kadarnya mencapai 2.6 yang membawa maksud 10 orang yang dijangkiti mampu menjangakiti hampir 26 orang lain lagi.

Tambah Veran lagi, jika trand rtersebut berterusan, kerajaan tidak teragak untuk melaksankan semula perintah berkurung di wilayah-wilayah tertentu dan mereka banyak pilihan lain.

Di negara tersebut, kerajaan memberi denda kepada individu yang tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai dengan jumlah 155 dolar us iaitu bersamaan RM 660 tetapi tidak dikenakan jika mereka berjumpa dengan keluarga sendiri.

Kerajaan menyasarkan untuk menyimpan sebanyak 60 juta pelitup muka menjelang Oktober ini berbanding hanya 3.5 juta sepanjang pandemik ini. Perancis antara negara Eropah yang paling banyak terjejas dan meragut nyawa hingga 30,152 orang.



Sumber: CNN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
France 500 kluster pun diorang cool je.. kita 13 cluster pun dah risau
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 01:43 PM | Show all posts
wow.. 500 kluster baru bukan tahap gelombang kedua..
Malaysia baru ada kluster restoran pun aku dah xberani nak lepak.
simpan ja impian nak lepak lepak
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 03:09 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 21-7-2020 07:23 PM
Thread dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1208366

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.088076 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list